Wednesday, March 17, 2010

YA ALLAH, PULIHKAN KESAKITANKU..



Pagi tu, sempat menjengah ke cermin. Terkejut xterhingga bila tengok sebelah mata sudah kemerah-merahan. Terpaksa gagahkan diri ke klinik..Doktor sahkan SAKIT MATA.. Ya Allah.. Berhari-hari berkurung di bilik..Makan ubat berbiji2, tapi mata tetap xboleh buka..Semua kerja tak boleh buat.. Barulah tahu bagaimana rasanya bila Allah menarik seketika nikmat sebelah mata ni.. Sedihnya..Sakitnya..Deritanya.. Allah je yang tahu.. Tiba2 tergerak hati nak membelek buku "Indahnya Hidup Bersyariat" karangan Dato' Ismail Kamus. Dengan izin Allah, tiba2 terbuka tajuk:


AMALAN MENGUBAT PENYAKIT

Hakikat pertolongan dan perlindungan adalah daripada Allah SWT, sesuai dengan firmanNya :



إِيَّكَ نَعْبُدُ وَ إِيَّكَ نَسْتَعِينُ
" Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. " ( Surah al-Fatihah : 5 )

Justeru itu, manusia perlu memusatkan segala permintaan dan pertolongan pada Allah SWT Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta.

SAKIT MATA

Bacakan :
i. Surah al-Fatihah ( 1 kali )
ii. Selawat Tib/Syifa ( 1 kali )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
" Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan. Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian. "

iii.Bacakan doa berikut:

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ البَأْسِ, اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
" Wahai Tuhanku, Tuhan segala manusia yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada apa yang menyembuhkan selain Engkau, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi. "

لَّقَدْ كُنتَ فِى غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطآءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيْدٌ
" Sesungguhnya kamu dahulu lalai tentang peristiwa ini maka kami bukakan tabir yang menutupi engkau, sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam. " ( Surah Qaf : 22 )

CARA : Tiupkan ke atas sebekas air dan ke mata yang sakit khususnya pada waktu pagi. Air boleh diminum dan disapu pada mata yang sakit.

Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa doktor atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara, asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah. Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan penyakit kerana pada hakikat-Nya Dialah Yang Maha Penyembuh..

INSYA'ALLAH BI IZNILLAH..

No comments:

Post a Comment