Monday, March 29, 2010

JENAYAH BUANG BAYI SALAH SIAPA???


Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenarnya kejam serta tidak berperikemanusiaan.


Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.


Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding?


"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)." ( Surah An-nisa : Ayat 31 )

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." ( Surah Al-Isra' : Ayat 32 )

Wednesday, March 24, 2010

CINTA SEBELUM NIKAH VS CINTA SELEPAS NIKAH



aDAkAh iStIlAh bErcIntA sEbElUm NiKaH? iTuLaH AnTrA SoaLaN yG AdIk2 UsRaHkU pErNaH TaNyA..cAMNa lA NaK MeNJaWaB sOaLaN cAmNi Kt aDiK2 uSrAh kItA Ye..dORg xTau yG sOaLaN2 BaB CiNtAn-cInTuN ni La KaK NaQiBaH dOrG pLg SsH nAk jAwAB..Hmm..MuNgKiN nI DpT MeMbAnTu SKiT2...

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah. Cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
– Riwayat al-Bukhari -


Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.


Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.


Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.



Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA..


SaLiNg mEnCiNtAiLaH HaNyA KeRaNa ALlAh, sAlInG MeNYaYaNgIlAh HaNyA KeRaNa AlLAh, sAlInG MeMbAhAgIaKaNlAh hAnYa kErAnA AlLaH, KeRaNa hAnYa AlLaH lAh yG DaPaT MeNiMbUlKaN RaSa cInTa, KaSiH-sAyAnG DaN KeBaHaGiAaN TeRsEbUt..

Thursday, March 18, 2010


HADIS AKHIR ZAMAN

MASA AKAN MENJADI SINGKAT



Ertinya : Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Tirmizi


ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK



Ertinya : Daripada Aisyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya)dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas)dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R.Thabrani


ZAMAN DI MANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA



Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah ia dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R.An-Nasa'i

SEDIKIT LAKI-LAKI DAN BANYAK PEREMPUAN



Ertinya : Daripada Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."
H.R.Bukhari Muslim


ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN



Ertinya : Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata: Rasulullah saw bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
H.R.Ahmad


EMPAT PULUH HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN
Susunan : ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI

Wednesday, March 17, 2010

YA ALLAH, PULIHKAN KESAKITANKU..



Pagi tu, sempat menjengah ke cermin. Terkejut xterhingga bila tengok sebelah mata sudah kemerah-merahan. Terpaksa gagahkan diri ke klinik..Doktor sahkan SAKIT MATA.. Ya Allah.. Berhari-hari berkurung di bilik..Makan ubat berbiji2, tapi mata tetap xboleh buka..Semua kerja tak boleh buat.. Barulah tahu bagaimana rasanya bila Allah menarik seketika nikmat sebelah mata ni.. Sedihnya..Sakitnya..Deritanya.. Allah je yang tahu.. Tiba2 tergerak hati nak membelek buku "Indahnya Hidup Bersyariat" karangan Dato' Ismail Kamus. Dengan izin Allah, tiba2 terbuka tajuk:


AMALAN MENGUBAT PENYAKIT

Hakikat pertolongan dan perlindungan adalah daripada Allah SWT, sesuai dengan firmanNya :



إِيَّكَ نَعْبُدُ وَ إِيَّكَ نَسْتَعِينُ
" Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. " ( Surah al-Fatihah : 5 )

Justeru itu, manusia perlu memusatkan segala permintaan dan pertolongan pada Allah SWT Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta.

SAKIT MATA

Bacakan :
i. Surah al-Fatihah ( 1 kali )
ii. Selawat Tib/Syifa ( 1 kali )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
" Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan. Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian. "

iii.Bacakan doa berikut:

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ البَأْسِ, اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
" Wahai Tuhanku, Tuhan segala manusia yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada apa yang menyembuhkan selain Engkau, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi. "

لَّقَدْ كُنتَ فِى غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطآءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيْدٌ
" Sesungguhnya kamu dahulu lalai tentang peristiwa ini maka kami bukakan tabir yang menutupi engkau, sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam. " ( Surah Qaf : 22 )

CARA : Tiupkan ke atas sebekas air dan ke mata yang sakit khususnya pada waktu pagi. Air boleh diminum dan disapu pada mata yang sakit.

Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa doktor atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara, asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah. Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan penyakit kerana pada hakikat-Nya Dialah Yang Maha Penyembuh..

INSYA'ALLAH BI IZNILLAH..

Wednesday, March 10, 2010


LUAHAN SEORANG ANAK

Hmm..apa nak jadi dengan ibu bapa zaman sekarang ni???
Ingatlah..anak-anak anda sentiasa memerhati apa yang anda lakukan..
Mereka ini amat jujur dalam meluahkan apa yang DILIHAT, DIDENGAR dan DIRASAI...
Jadi, BERHATI-HATILAH!! Tunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak kalian..