Wednesday, July 29, 2009

SEJARAH DUNIA ISLAM






SENYUMAN PARA SYUHADA'

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah bahawa mereka itu mati, bahkan ( sebenarnya ) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya..

Monday, July 27, 2009


HARI TERUS BERLALU PERGI, SYA'BAN KINI, RAMADHAN MENANTI

Bulan Sya'ban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah. Sya'ban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Sya'ban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan. Bulan Sya'ban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Sya'ban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYA'BAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Sya'ban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Ka'bah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Sya'ban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Sya'ban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Sya'ban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Sya'ban dan malam Arafah.
(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban.

Berkata Imam Ghazali: Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Sya'ban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA'BAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Walaubagaimanapun, cara menghidupkan malam Nisfu Sya'ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama. WA ALLAHU A'LAM..

DEMAM PRAKTIKUM..

Cabaran menghadapi praktikum selama 2 bulan sememangnya suatu perkara yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Kesibukan dan kekangan masa mula dirasai apabila setiap hari perlu menyiapkan RPH dan BBM sebelum pergi mengajar. Fail praktikum perlu lengkap dan sentiasa dikemaskini sebagai persediaan untuk diselia dan dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. Setiap malam memerah otak memikirkan aktiviti dan teknik pengajaran yang pelbagai agar objektif pengajaran dapat dicapai. Inilah amanah yang perlu dipikul sebagai seorang pendidik dalam menyebarkan ilmu dan mendidik anak bangsa..


Rasa macam nak wat camni je..Ish..sabar, sabar. As-Sobru min al-Iman..

Sibuk..sibuk..sibuk..Kalau hari-hari biasa, penuh menjalani rutin praktikum. Hujung minggu juga tiada rehat. Ana mula tercari-cari di mana istilah cuti. Kadang-kadang hujung minggu juga ada aktiviti di sekolah atau di IP. Itulah rutin harian ana sepanjang praktikum ni. Namun begitu, ini tidak menjadi halangan untuk ana terus melibatkan diri serta membantu sahabat-sahabat seperjuangan dalam kerja-kerja memperjuangkan agamaNya. Ana curi-curi juga masa di hujung minggu untuk sama-sama membantu mana yang termampu.
Ana selalu berpesan dan mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu berkira dengan masa yang terpaksa dikorbankan dalam urusan dan gerak kerja untuk membantu agama Allah. Siapalah kita untuk terlalu berkira dengan Allah, sedangkan segala kesempatan dan keberkatan dalam tempoh 24 jam itu juga adalah daripada Allah. Yang menentukan keputusan exam, markah assignment, rezeki dan segala-galanya juga adalah ketentuan Allah. Kadang-kadang pernah juga rasa nak lari dari semua kepenatan dan kerunsingan yang orang lain tidak sibuk fikirkan pun..Namun, janji Allah inilah yang memulihkan semula semangat ketika ana merasa goyah dan lemah..

يَـاَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْآ اِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad : Ayat 7 )



SEMOGA KITA SAMA-SAMA TERUS ISTIQAMAH DALAM SAF PERJUANGAN INI..