Saturday, July 17, 2010

" INILAH SAYA, ANDA SIAPA? "

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

" Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa? "

Hasan al-Banna

Friday, July 9, 2010

I LUV : i-kent

Selesai menjalankan usrah dgn adik2 junior yg baru masuk, tiba-tiba datang seorang sahabat seperjuangan mghulurkan Risalah i-Kent untuk edisi terbaru bulan ni. Seronok membaca Risalah i-Kent..Banyak input dan ilmu baru yg dapat diperoleh dlm setiap edisi yang diterbitkan. Kandungannya menarik dan dapat memberi manfaat kpd pembaca. Tahniah diucapkan kpd ( Nazatul Akma ) dan Krew2 Lajnah Penerbitan Surau Nurul Yaqin atas usaha kalian menyampaikan kefahaman ISLAM kpd warga KENT.. Smoga sgla pengorbanan kalian mendapat ganjaran-Nya di akhirat kelak..AMIN.

~DAPATKAN KELUARAN SETERUSNYA RISALAH i-KENT~

Friday, May 21, 2010

CERAMAH BULANAN SURAU NURUL YAQIN

Tajuk : Tazkiyatul Al-Nafs
Penceramah : Ust Mokhtar Senik, Mudir Pondok An-Nur, Kuantan
Tarikh : 20 Mei 2010
Tempat : Surau Nurul Yaqin




Di awal ceramahnya, beliau mengupas mengenai hadis berikut:
Sabda Rasulullah s.a.w. menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: “ Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba (asing) “ ..
Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: “ Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.”

Golongan ghuraba inilah yang menjadi asing kerana membawa risalah Islam dan Agama Allah. Bagi mengukuhkan manusia untuk terus memiliki kekuatan dalam memikul tanggungjawab ini, Ust. Mokhtar menggariskan dua perkara penting:

1. Al-Fahmu : Kefahaman tentang Islam.
Kefahaman tentang Agama = Kecintaan terhadap Islam. Kajian perbandingan agama di dunia menunjukkan bahawa ISLAM adalah agama paling mudah untuk diamalkan oleh semua manusia. Orang yang faham agama akan cinta dan kasih pada Allah. Jika bukan kerana CINTA kepada Allah dan agama, siapa mahu berdiri di atas medan perjuangan ini?. Kita adalah pengamal kepada Islam. Kita bukan jadi PENONTON, tetapi kita perlu menjadi penggerak dan PEMAIN dalam Islam.

2. Rohani : Para Da’ie dan Du’at Islam perlu mengukuhkan jiwa dan rohani. Jadikan Qiamullail di malam hari sebagai amalan. Kita sebagai PEKERJA Agama Allah dan MAJIKAN kita adalah Allah. Maka, percaya dan yakinlah atas pertolongan dan bantuan Allah.


Tajuk : Dialog Peradaban “ Konsep Ketuhanan Dalam Islam”.
Moderator : Ustaz Bungsu Aziz bin Hj. Jaafar
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Jalan UMS


Thursday, May 20, 2010

PRA-SYARAT KEBANGKITAN PEMUDA PEMUDI ISLAM



Ketahuilah wahai para pemuda pemudi Islam, bahawa dalam sejarah kebangkitan bangsa-bangsa, pemuda pemudi selalu memiliki peranan yang besar dan strategik, kerana untuk menuju kebangkitan bangsa diperlukan daya kekuatan berupa keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan.

Firman Allah SWT :“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah). Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama:

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua:

Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan. Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga:

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat:

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.

Islam bukanlah merupakan ad-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda. Tanggungjawab berat yang dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i (penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

KONSERT AURA UNGU 2010