Friday, May 21, 2010

CERAMAH BULANAN SURAU NURUL YAQIN

Tajuk : Tazkiyatul Al-Nafs
Penceramah : Ust Mokhtar Senik, Mudir Pondok An-Nur, Kuantan
Tarikh : 20 Mei 2010
Tempat : Surau Nurul Yaqin




Di awal ceramahnya, beliau mengupas mengenai hadis berikut:
Sabda Rasulullah s.a.w. menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: “ Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba (asing) “ ..
Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: “ Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.”

Golongan ghuraba inilah yang menjadi asing kerana membawa risalah Islam dan Agama Allah. Bagi mengukuhkan manusia untuk terus memiliki kekuatan dalam memikul tanggungjawab ini, Ust. Mokhtar menggariskan dua perkara penting:

1. Al-Fahmu : Kefahaman tentang Islam.
Kefahaman tentang Agama = Kecintaan terhadap Islam. Kajian perbandingan agama di dunia menunjukkan bahawa ISLAM adalah agama paling mudah untuk diamalkan oleh semua manusia. Orang yang faham agama akan cinta dan kasih pada Allah. Jika bukan kerana CINTA kepada Allah dan agama, siapa mahu berdiri di atas medan perjuangan ini?. Kita adalah pengamal kepada Islam. Kita bukan jadi PENONTON, tetapi kita perlu menjadi penggerak dan PEMAIN dalam Islam.

2. Rohani : Para Da’ie dan Du’at Islam perlu mengukuhkan jiwa dan rohani. Jadikan Qiamullail di malam hari sebagai amalan. Kita sebagai PEKERJA Agama Allah dan MAJIKAN kita adalah Allah. Maka, percaya dan yakinlah atas pertolongan dan bantuan Allah.


Tajuk : Dialog Peradaban “ Konsep Ketuhanan Dalam Islam”.
Moderator : Ustaz Bungsu Aziz bin Hj. Jaafar
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Jalan UMS


No comments:

Post a Comment