Monday, March 29, 2010

JENAYAH BUANG BAYI SALAH SIAPA???


Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenarnya kejam serta tidak berperikemanusiaan.


Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.


Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding?


"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)." ( Surah An-nisa : Ayat 31 )

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." ( Surah Al-Isra' : Ayat 32 )

No comments:

Post a Comment