Monday, July 27, 2009


DEMAM PRAKTIKUM..

Cabaran menghadapi praktikum selama 2 bulan sememangnya suatu perkara yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Kesibukan dan kekangan masa mula dirasai apabila setiap hari perlu menyiapkan RPH dan BBM sebelum pergi mengajar. Fail praktikum perlu lengkap dan sentiasa dikemaskini sebagai persediaan untuk diselia dan dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. Setiap malam memerah otak memikirkan aktiviti dan teknik pengajaran yang pelbagai agar objektif pengajaran dapat dicapai. Inilah amanah yang perlu dipikul sebagai seorang pendidik dalam menyebarkan ilmu dan mendidik anak bangsa..


Rasa macam nak wat camni je..Ish..sabar, sabar. As-Sobru min al-Iman..

Sibuk..sibuk..sibuk..Kalau hari-hari biasa, penuh menjalani rutin praktikum. Hujung minggu juga tiada rehat. Ana mula tercari-cari di mana istilah cuti. Kadang-kadang hujung minggu juga ada aktiviti di sekolah atau di IP. Itulah rutin harian ana sepanjang praktikum ni. Namun begitu, ini tidak menjadi halangan untuk ana terus melibatkan diri serta membantu sahabat-sahabat seperjuangan dalam kerja-kerja memperjuangkan agamaNya. Ana curi-curi juga masa di hujung minggu untuk sama-sama membantu mana yang termampu.
Ana selalu berpesan dan mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu berkira dengan masa yang terpaksa dikorbankan dalam urusan dan gerak kerja untuk membantu agama Allah. Siapalah kita untuk terlalu berkira dengan Allah, sedangkan segala kesempatan dan keberkatan dalam tempoh 24 jam itu juga adalah daripada Allah. Yang menentukan keputusan exam, markah assignment, rezeki dan segala-galanya juga adalah ketentuan Allah. Kadang-kadang pernah juga rasa nak lari dari semua kepenatan dan kerunsingan yang orang lain tidak sibuk fikirkan pun..Namun, janji Allah inilah yang memulihkan semula semangat ketika ana merasa goyah dan lemah..

يَـاَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْآ اِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad : Ayat 7 )



SEMOGA KITA SAMA-SAMA TERUS ISTIQAMAH DALAM SAF PERJUANGAN INI..

2 comments:

  1. ngeri seh pic tu syima...
    jgn bt gitu eh
    turun shm nnt..hehe2

    ReplyDelete
  2. gimik je tu ain..
    nk potong sayur,trpotong jari plak..
    jadi perencah sayur campur la jwbnye..
    he..he..

    ReplyDelete