APA TU USRAH ???
Salam Ukhwwah ana ucapkan kepada sahabat dan sahabiyah yang dikasihi kerana Allah. Moga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan redha Ilahi. Ketika ana sedang duduk berfikir dan memuhasabah diri, terngiang-ngiang kata-kata adik usrah ana yang baru pertama kali datang usrah..KAK, APA TU USRAH??. Nampaknya adik ni baru pertama kali berpeluang untuk ikut dan mengenali APA TU USRAH. Syukurlah..Allah telah memilihnya untuk hadir usrah yang pertama kali diadakan di IPGM Kampus Kent pada malam tu..
PENGENALAN
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga.
Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim) yang beriman dengan agama ini, berusaha tolong menolong antara satu dengan yang lain untuk memahami dan menghayati Islam.
TEMPAT USRAH
Usrah boleh diadakan di rumah atau bilik ahli usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla dan sebagainya.
TUJUAN USRAH
1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam terhadap satu-satu masalah.
2. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jama’ah.
3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai "Din wa Daulah", menghayatinya di dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendawahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah di dalam kehidupan diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurniaan Islam.
6. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya.
7. Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
8. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah, demi untuk mencari keredhaannnya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Bukan kerana segan dengan naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada Allah. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya kemudian diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.
9. Menggiatkan dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
10. Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam demi kepentingan gerakan Islam.
11. Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru, sumbang dari musuh.
12. Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jamaah.
PERLAKSANAAN
1. Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap.
2. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
3. Sembahyang berjamaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
4. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
5. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama.
6. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
7. Usrah dikehendaki bersurai sesudah membaca tasbih kaffarah dan suratul Al’’Ashr.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.
Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunayi beberapa ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara ciri-ciri tersebut ialah:
1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
2.Merangkumi keseluruhan ahli untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.
3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.
No comments:
Post a Comment