Showing posts with label NUKILAN. Show all posts
Showing posts with label NUKILAN. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

YA ALLAH, PULIHKAN KESAKITANKU..



Pagi tu, sempat menjengah ke cermin. Terkejut xterhingga bila tengok sebelah mata sudah kemerah-merahan. Terpaksa gagahkan diri ke klinik..Doktor sahkan SAKIT MATA.. Ya Allah.. Berhari-hari berkurung di bilik..Makan ubat berbiji2, tapi mata tetap xboleh buka..Semua kerja tak boleh buat.. Barulah tahu bagaimana rasanya bila Allah menarik seketika nikmat sebelah mata ni.. Sedihnya..Sakitnya..Deritanya.. Allah je yang tahu.. Tiba2 tergerak hati nak membelek buku "Indahnya Hidup Bersyariat" karangan Dato' Ismail Kamus. Dengan izin Allah, tiba2 terbuka tajuk:


AMALAN MENGUBAT PENYAKIT

Hakikat pertolongan dan perlindungan adalah daripada Allah SWT, sesuai dengan firmanNya :



إِيَّكَ نَعْبُدُ وَ إِيَّكَ نَسْتَعِينُ
" Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. " ( Surah al-Fatihah : 5 )

Justeru itu, manusia perlu memusatkan segala permintaan dan pertolongan pada Allah SWT Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta.

SAKIT MATA

Bacakan :
i. Surah al-Fatihah ( 1 kali )
ii. Selawat Tib/Syifa ( 1 kali )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
" Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan. Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian. "

iii.Bacakan doa berikut:

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ البَأْسِ, اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
" Wahai Tuhanku, Tuhan segala manusia yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada apa yang menyembuhkan selain Engkau, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi. "

لَّقَدْ كُنتَ فِى غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطآءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيْدٌ
" Sesungguhnya kamu dahulu lalai tentang peristiwa ini maka kami bukakan tabir yang menutupi engkau, sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam. " ( Surah Qaf : 22 )

CARA : Tiupkan ke atas sebekas air dan ke mata yang sakit khususnya pada waktu pagi. Air boleh diminum dan disapu pada mata yang sakit.

Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa doktor atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara, asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah. Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan penyakit kerana pada hakikat-Nya Dialah Yang Maha Penyembuh..

INSYA'ALLAH BI IZNILLAH..

Tuesday, November 3, 2009

TRIP TO BRUNEI DARUSSALAM




HARI PERTAMA: 11 OKT 2009 (AHAD)
8.00 PM : PERCAMBAHAN MINDA DENGAN GURU CEMERLANG BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM SMK LIMBANG, SARAWAK
Tajuk Diskusi - “Kami Ustaz dan Ustazah Cemerlang”



HARI KEDUA : 12 OKT 2009 (ISNIN)
11.30 AM : SAMPAI DI BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI
TAKLIMAT KORPORAT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SYARIF ALI (UNISSA)
- FAKULTI BAHASA ARAB DAN TAMADUN ISLAM
- FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
- FAKULTI USULUDDIN


2.00 PM : BENGKEL DAN PERCAMBAHAN MINDA BERSAMA PENSYARAH DAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB
- KAEDAH PENGAJARAN DAN
- PEMBELAJARAN TERKINI BAHASA ARAB (UNISSA)
- LAWATAN KE LIBRARY UNISSA
- LAWATAN KE LANGUAGE CENTER


8.00 PM : DISKUSI ILMIAH BERSAMA PAKAR
Tajuk Diskusi - “Inovasi Dalam P&P Bahasa Arab”




HARI KETIGA : 13 OKT 2009 (SELASA)
9.00 AM : KUNJUNGAN MUHIBAH & RAMAH MESRA DI IPGM KAMPUS MIRI, SARAWAK
Tajuk Diskusi - “Pertukaran Pengalaman Program Ilmiah Bahasa Arab dan
Pendidikan Islam antara IPGM Kampus Kent dengan Kampus Miri – Antara Cabaran dan Realiti”

2.00 PM : BENCHMARK & DISKUSI ILMIAH
Tajuk Diskusi – Antara Masalah dan Pengalaman Sebenar Sebagai Guru
Permulaan Bahasa Arab Di Sekolah Rendah”



HARI KEEMPAT : 14 OKT 2009 (RABU)
8.00 AM : TAKLIMAT & DISKUSI ILMIAH DI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN ISLAM BRUNEI DARUSSALAM(KUPU SB)
Tajuk Diskusi - “Kaedah-kaedah Terkini Dalam Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam”

2.00 PM : PROGRAM BERSAMA ALUMNI KENT




HARI KELIMA : 15 OKT 2009 (KHAMIS)
8.00 AM : LAWATAN SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM


Sekalung Budi dan Penghargaan Kpd Semua Pihak Yg Trlibat Scr Langsung/Tdk Langsung dlm Mnjayakn Program Ini..Syukran Jazilan wa Barakallahufik..

Tuesday, August 4, 2009

KEPULANGANNYA KE RAHMATULLAH..

Inilah kehidupan.. Ia berlalu tanpa disedari dari satu detik ke satu detik. Kadang2 kita tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita lalui semakin mendekatkan kita kepada kematian sebagaimana yang berlaku pada orang lain.

Sepertimana Firman Allah Taala yang bermaksud;
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” ( al-`Ankabut : 57 )

Sama-samalah kita bringat selalu, tidak ada yang menjamin seseorang akan hidup dalam 1 jam berikutnya. Setiap orang yang hidup di muka bumi ini pasti ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, kita semua akan mati. Kita yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan.


Setiap hari, kita menyaksikan kematian orang lain di sekitar, tetapi kita masih tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian diri kita pula. Tidakkah kita berfikir bahawa kematian itu sedang menunggu! Ketika kematian dialami, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini.


Jenazah kita dikuburkan dan hanya dibungkus dengan kain kapan. Tubuh kita datang ke dunia ini seorang diri dan pergi dari dunia inipun dengan cara yang sama. Modal yang dapat kita bawa setelah kematian hanyalah 3 perkara; Amal Soleh, Sedekah Jariah dan Doa daripada Anak yang Soleh..



AL-FATIHAH..buat nenekku yg telah kembali ke Rahmatullah mlm td.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan dtempatkan di kalangan org2 yg beriman..

Monday, July 27, 2009


DEMAM PRAKTIKUM..

Cabaran menghadapi praktikum selama 2 bulan sememangnya suatu perkara yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Kesibukan dan kekangan masa mula dirasai apabila setiap hari perlu menyiapkan RPH dan BBM sebelum pergi mengajar. Fail praktikum perlu lengkap dan sentiasa dikemaskini sebagai persediaan untuk diselia dan dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. Setiap malam memerah otak memikirkan aktiviti dan teknik pengajaran yang pelbagai agar objektif pengajaran dapat dicapai. Inilah amanah yang perlu dipikul sebagai seorang pendidik dalam menyebarkan ilmu dan mendidik anak bangsa..


Rasa macam nak wat camni je..Ish..sabar, sabar. As-Sobru min al-Iman..

Sibuk..sibuk..sibuk..Kalau hari-hari biasa, penuh menjalani rutin praktikum. Hujung minggu juga tiada rehat. Ana mula tercari-cari di mana istilah cuti. Kadang-kadang hujung minggu juga ada aktiviti di sekolah atau di IP. Itulah rutin harian ana sepanjang praktikum ni. Namun begitu, ini tidak menjadi halangan untuk ana terus melibatkan diri serta membantu sahabat-sahabat seperjuangan dalam kerja-kerja memperjuangkan agamaNya. Ana curi-curi juga masa di hujung minggu untuk sama-sama membantu mana yang termampu.
Ana selalu berpesan dan mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu berkira dengan masa yang terpaksa dikorbankan dalam urusan dan gerak kerja untuk membantu agama Allah. Siapalah kita untuk terlalu berkira dengan Allah, sedangkan segala kesempatan dan keberkatan dalam tempoh 24 jam itu juga adalah daripada Allah. Yang menentukan keputusan exam, markah assignment, rezeki dan segala-galanya juga adalah ketentuan Allah. Kadang-kadang pernah juga rasa nak lari dari semua kepenatan dan kerunsingan yang orang lain tidak sibuk fikirkan pun..Namun, janji Allah inilah yang memulihkan semula semangat ketika ana merasa goyah dan lemah..

يَـاَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْآ اِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad : Ayat 7 )



SEMOGA KITA SAMA-SAMA TERUS ISTIQAMAH DALAM SAF PERJUANGAN INI..

Wednesday, May 27, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ya Allah..Aku Memohon Keampunan daripadaMu..
Memohon Ampun daripada Dosa-Dosa yang telah Aku Lakukan..
Samada dalam Sedar ataupun Tidak..
Aku telah Menganiaya Diriku Sendiri..
Malah Lebih Mementingkan Hawa Nafsu daripadaMu..
Aku Lalai Ya Allah..Aku Lupa untuk MengingatiMu walau untuk Seketika..
Aku Lebih Banyak Bergelak Ketawa bersama Teman-Teman..
Malah Jarang Sekali untuk Aku Mengingati Mati..
Sedangkan Aku Tahu bahawa Mati Itu akan Mendekatkan Diriku padaMu..