Showing posts with label MAHABBAH. Show all posts
Showing posts with label MAHABBAH. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

CINTA SEBELUM NIKAH VS CINTA SELEPAS NIKAH



aDAkAh iStIlAh bErcIntA sEbElUm NiKaH? iTuLaH AnTrA SoaLaN yG AdIk2 UsRaHkU pErNaH TaNyA..cAMNa lA NaK MeNJaWaB sOaLaN cAmNi Kt aDiK2 uSrAh kItA Ye..dORg xTau yG sOaLaN2 BaB CiNtAn-cInTuN ni La KaK NaQiBaH dOrG pLg SsH nAk jAwAB..Hmm..MuNgKiN nI DpT MeMbAnTu SKiT2...

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah. Cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
– Riwayat al-Bukhari -


Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.


Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.


Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.



Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA..


SaLiNg mEnCiNtAiLaH HaNyA KeRaNa ALlAh, sAlInG MeNYaYaNgIlAh HaNyA KeRaNa AlLAh, sAlInG MeMbAhAgIaKaNlAh hAnYa kErAnA AlLaH, KeRaNa hAnYa AlLaH lAh yG DaPaT MeNiMbUlKaN RaSa cInTa, KaSiH-sAyAnG DaN KeBaHaGiAaN TeRsEbUt..

Friday, January 22, 2010



SAKTIKAN CINTAMU HANYA KEPADA ALLAH


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ya Allah,
Ku Pohon CintaMu..
Cinta Orang yang MencintaiMu..
Cinta kepada Orang yang Cintanya Berguna Bagiku disisiMu..
Dan Mencintai Amal yang Boleh Menghantarkanku untuk MencintaiMu..

Ya Allah,
Jadikanlah CintaMu Lebih Kucintai daripada Diriku..
Jadikanlah Setiap AnugerahMu yang Kucintai,
Sebagai Kekuatan untuk Mencintai Apa yang Engkau Cintai..
Ku Pohon Rahmat dan Kasih SayangMu,
Ampunilah Segala Dosaku..
Kurniakanku Taufiq dan HidayahMu,
Agar Aku Termasuk Orang yang Dekat denganMu..

Ya Allah,
Perkenankanlah Aku MencintaiMu Semampuku..
Ya Rahman,
Perkenankanlah Aku MencintaiMu Sebisaku,
Dengan Segala Kelemahan yang Ada Padaku..

Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakan Aku Pada Seseorang yang Melabuhkan Cintanya padaMu,
Agar Bertambah Kekuatanku untuk MenyintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Hati,
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati Seseorang yang Hatinya Tertaut padaMu,
Agar Tidak Terjatuh Aku dalam Jurang Cinta Nafsu..

Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya,
Agar Tidak Berpaling Daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang yang Merindui Syahid di JalanMu..

Ya Allah,
Jika Aku Menikmati Cinta KekasihMu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi,
Kenikmatan Indahnya Bermunajat di Sepertiga Malam TerakhirMu..

Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Hati pada KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Tertatih dan Terjatuh,
Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia KepadaMu..

Ya Allah,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas,
Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki,
Dan Rindu Abadi Hanya KepadaMu..

AMIN…

Wednesday, June 10, 2009

RABITHAH

Sesungguhnya Engkau Tahu,
Bahawa Hati Ini Telah Berpadu,
Berhimpun Dalam Naungan CintaMu,
Bertemu Dalam Ketaatan,
Bersatu Dalam Perjuangan,
Menegakkan Syariat Dalam Kehidupan..
Kuatkanlah Ikatannya,
Kekalkanlah Cintanya,
Tunjukilah Jalan-Jalannya,
Terangilah Dengan CahayaMu,
Yang Tiada Pernah Padam,
Ya Rabbi, Bimbinglah Kami..
Lapangkanlah Dada Kami,
Dengan Kurniaan Iman,
Dan Indahnya Tawakal PadaMu,
Hidupkan Dengan MakrifatMu,
Matikan Dalam Syahid DijalanMu,
Engkaulah Pelindung Dan Pembela..

Wednesday, May 27, 2009

BERTEMAN SAHABAT



Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah..